Posts

Showing posts from March, 2017

KAYU KERANJI KAYU KERAS

Image
KAYU KERAS BERAT Kayu Keranji ( Dialium spp. ) Warna : Coklat keemasan ke coklat gelap Strenght Group : A Info : Kayu keranji asalnya banyak di semenanjung malaysia. Pengeringan yang perlahan dan tiada tanda kecacatan ketara pada permukaan kayu keranji. Kegunaan :  Pembinaan rumah, perabot, lantai, pemegang tangan, beam. Galeri Produk Kayu Keranji Tangga Loteng Kayu Keranji Lantai Loteng Kayu Keranji Palang Kayu Keranji Loteng

KAYU BALAU KAYU SEMENANJUNG

Image
KAYU KERAS BERAT Kayu Balau ( Shorea spp. ) Warna : kuning coklat/coklat Strenght Group : A Info :  POKOK KAYU BALAU merupakan salah satu pokok yang paling mencirikan hutan-hutan tropika . Ia tumbuh di kawasan-kawasan yang ketinggian optimumnya sebanyak 300 - 500 meter , dengan hadnya setinggi 500 meter  - 1,000 meter. Kegunaan : Sesuai untuk kegunaan pembinaan laut, pembinaan berat, jambatan, kapal, lantai industri berat, badan lori, rangka lori, rangka rumah, laluan kereta api dan beam. Warna : kuning coklat Galeri Gambar Produk Kayu Balau   .

Kayu Chengal

Image
KATEGORI KAYU KERAS BERAT Kayu Chengal ( neobalanocarpus heimii ) Warna : kuning coklat Strenght Group : A Info : Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang. Kegunaan : Sesuai untuk kegunaan pembinaan laut, pembinaan berat, jambatan, kapal, lantai industri berat dan badan lori Galeri Gambar Saiz pokok chengal Lantai kayu chengal Loteng Kayu chengal Lantai kayu chengal di kawasan luar
Image
GAZEBO : RAHSIA ERAT IKATAN KEKELUARGAAN  Dalam kesibukan kota dan tekanan kerja yang semakin tinggi ramai menjadikan salah satu faktor kurangnya masa bersama keluarga dan kualiti bersama keluarga itu berkurang. Sudah menjadi trending masa kini dimana setiap rumah berlaman patut memiliki gazebo iaitu satu binaan pondok yang menjadi ruang istirehat atau tempat melihat anak-anak beriadah di laman. Bagi membangkitkan lagi jiwa ketenangan maka pemilihan material kayu adalah yang terbaik. gazebo 8kaki x 8 kaki 3 Tips untuk pemilihan gazebo di sebuah laman. 1. Ukur dahulu saiz laman     - bagi memastikan saiz gazebo bersesuian dengan saiz laman dan agar gazebo tidak nampak terlalu       kecil 2. Pastikan permukaan tanah     - Permukaan rata dan telah dibersihkan dari rumput agar permukaan bawah gazebo lebih cantik. 3. Bilangan ahli keluarga     - Yang ni mustahak agar ketika berkumpul tiada yang akan terpinggir duduk dalam gazebo .                      
Image
GALERI GAMBAR GAZEBO
Image
LAMAN NUSANTARA  Mempunyai sebuah kediaman lengkap dengan laman berlandskap nusantara pasti menjadi impian setiap pemilik rumah. Landskap ala resort pasti mendatangkan ketenangan pemilik yang seharian di pejabat dan mahukan 'release' tekanan kerja. Idea yang dilontarkan oleh pemilik dan di ilhamkan oleh Pereka Landskap Ejati Concept melalui lakaran 3D Design. Projek pembinaan sepenuhnya oleh Ejati Concept yang masih berjalan dan akan siap sepenuhnya pertengahan April. Nantikan hasil kerja In shaa Allah. Pandangan atas sisi taman    Pandangan dalam gazebo kayu  Pandangan Kolam dan gazebo kayu Pandangan luar rumah di lindungi pagar 

4 PERKARA YANG PERLU KETIKA RUMAH SEDANG RENOVATION

Image
Tidak sabar tunggu rumah yang sedang renovation  siap tapi perlu ingat sebelum siap ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Perkara yang perlu anda bersedia sebagai tuan rumah. 1. Keadaan rumah renovation akan berhabuk dan kotor. - melainkan proses renovation tidak melibatkan proses drilling, gergaji dan demolish. - ada beberapa tips bagi meminimumkan kesan renovation iaitu:- bertanya dengan kontraktor kesan kotoran yang akan berlaku untuk kita lebih bersedia. tutup perabot atau sebaiknya kawasan renovation  dengan plastik. pastikan aircond atau kipas di tutup. vacuum dan mop setiap hari supaya tiada kesan degil selepas selesai renovation. yang ada allergie habuk sebaiknya mencari kediaman sementara. 2. Ganguan bunyi - Adalah satu kewajipan bunyi bising ketika proses renovation  sedang berlaku, jadi anda perlu profesional untuk menanganinya. Ada beberapa tips yang boleh anda buat iaitu :- Minta pada kontraktor hanya lakukan kerja pada hari kerja iait