4 PERKARA YANG PERLU KETIKA RUMAH SEDANG RENOVATION

Tidak sabar tunggu rumah yang sedang renovation siap tapi perlu ingat sebelum siap ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Perkara yang perlu anda bersedia sebagai tuan rumah.

1. Keadaan rumah renovation akan berhabuk dan kotor.

- melainkan proses renovation tidak melibatkan proses drilling, gergaji dan demolish.
- ada beberapa tips bagi meminimumkan kesan renovation iaitu:-

  • bertanya dengan kontraktor kesan kotoran yang akan berlaku untuk kita lebih bersedia.
  • tutup perabot atau sebaiknya kawasan renovation dengan plastik.
  • pastikan aircond atau kipas di tutup.
  • vacuum dan mop setiap hari supaya tiada kesan degil selepas selesai renovation.
  • yang ada allergie habuk sebaiknya mencari kediaman sementara.



2. Ganguan bunyi

- Adalah satu kewajipan bunyi bising ketika proses renovation sedang berlaku, jadi anda perlu profesional untuk menanganinya. Ada beberapa tips yang boleh anda buat iaitu :-
  • Minta pada kontraktor hanya lakukan kerja pada hari kerja iaitu isnin-jumaat sahaja, agar tidak menganggu jiran-jiran yang sedang beristirehat pada hujung minggu.

  • Beritahu jiran-jiran lebih awal tentang renovation yang akan di buat di rumah anda agar mereka lebih bersedia dan sedia maklum. Rumah cantik jiran masam muka kan tak best. 


3. Lewat siap

- sedia payung sebelum hujan, banyak faktor yang akan mempengaruhi siap 'on time' sesuatu renovation. Antaranya cuaca, bahan mentah lambat sampai atau pekerja sakit.

- Jika mahu membuat majlis pastikan persiapan dibuat selepas progress renovation sudah mencapai  90%.


4. Inisiatif sendiri simpan sendiri

-Berbeza cara kita menjaga barang dengan orang lain menjaga barang kita. adalah lebih baik kita menjaga sendiri barang dan simpan sendiri bagi mengelak kerosakan yang berlaku.


Comments

Popular posts from this blog

Beranda Kayu & Anjung Kayu Menjadi Konsep Pilihan Dalam Ubahsuai Kediaman.

KAYU KERANJI KAYU KERAS

KAYU BALAU KAYU SEMENANJUNG