Loteng Rumah

LOTENG KAYU 




Masalah timbul apabila anak-anak semakin membesar dan mahukan bilik sendiri lagi-lagi yang perempuan. Mahu beli rumah baru tidak mampu mahu 'extend' rumah tiada tanah, jadi bagaimana caranya? Pening kepala bukan?


Jangan rungsing, jangan khuatir kami di EJATI CONCEPT ada penyelesaian masalah ini iaitu LOTENG



Kawasan yang bagaimana sesuai untuk buat loteng?



Perasan atau tidak setiap rumah teres setingkat atau teres dua tingkat pasti ada ruang siling yang tinggi, kadang-kadang sehingga bersawang tidak sampai untuk membersihkan. .

Ramai yang tidak tahu sebenarnya kawasan siling tinggi ini boleh menjadi loteng. 

Kawasan ini jika dibiarkan hanya akan menjadi kawasan bersawang yang susah untuk dibersihkan dan lebih buruk lagi akan kelihatan lelehan air hujan yang tempias.

Untuk dijadikan loteng hanya perlu tinggi minimum 17kaki dari lantai ke siling. 

Boleh dijadikan sebagai bilik tidur, bilik belajar, stor simpanan barang malah menjadi bilik tetamu pun boleh.

Tidak kurang juga menjadikan loteng ini sebagai bilik istirehat dan 'home office' bebas dari ganguan bising dan 'privacy room'.


 Material yang digunakan untuk membuat sebuah loteng?


Untuk menjadikan sesebuah loteng itu kukuh dan berkualiti perlu di lihat dari jenis material yang digunakan, teknik binaan dan struktur asas binaan. Di EJATI CONCEPT hanya menggunakan 100% kayu dan kayu yang digunakan adalah jenis kayu gred A iaitu kayu keranji sahaja dan mampu menanggung bebanan sehingga 500kg.

kerja-kerja pemasangan pagar pada loteng

Kemahiran dalam kerja-kerja kayu amat jarang ditemui pada era kini dengan tenaga kerja yang mahir dan terlatih yang sudah berada dalam bidang pengkayuan lebih daripada 15 tahun maka sehingga kini EJATI CONCEPT masih mampu mengekalkan kualiti dan mutu loteng.

Berapa lama tempoh masa pembinaan loteng?


Keluasan sesuatu loteng menjadi faktor kepada tempoh masa pembinaan loteng, Akan tetapi tidaklah terlalu lama sehingga berbulan-bulan lamanya. Selalunya sebuah lotenga hanya memakan masa 5 hari sehingga 14 hari untuk siap.

Kebanyakan kerja di lakukan di bengkel dan hanya kerja-kerja pemasangan di lakukan di rumah pemilik bagi mengurangkan kesan kotor habuk dan menganggu isi rumah.


loteng berdinding bagi yang mempunyai ruang siling yang luas 


sebelum pembinaan loteng rumah teres setingkat keluasan (18kaki x 9kaki)
selepas pembinaan loteng boleh memuatkan katil dan almari baju (dibina untuk anak bujang)


Design-design loteng yang ditawarkan?


Berbalik kepada asas pembinaan loteng adalah mahu menjadikan ruang sebagai bilik tambahan jadi design sebuah loteng haruslah simple dan selamat juga agar ruang yang digunakan adalah sepenuhnya. Kedudukan tangga juga haruslah tidak menggangu ruang bawah dan kelihatan kemas.

Tangga 2 lapis agar kedudukan tangga tidak curam
tangga naik ke loteng yang berpagar

belakang tangga ditutup untuk keselamatan anak kecil


BERMINAT dan NAK TAHU BERAPA KOS MEMBUAT LOTENG?


 APA LANGKAH SETERUSNYA?



KLIK BUTANG WHATSAPP  DIBAWAH ANDA AKAN DIBAWA TERUS KE APLIKASI WHATSAPP DAN AKAN BERHUBUNG TERUS DENGAN PEGAWAI JUALAN KAMI


👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇



ATAU SECARA MANUAL 
HUBUNGI 019-3291033 shah





Comments

Popular posts from this blog

Beranda Kayu & Anjung Kayu Menjadi Konsep Pilihan Dalam Ubahsuai Kediaman.

KAYU KERANJI KAYU KERAS

KAYU BALAU KAYU SEMENANJUNG